BEN AMIR SEDANG BERCINTA DENGAN KERABAT




Ben Amir, 25. Jejaka tanpan ini tiada kontroversi yang negatif. Bahkan Ben masih baru lagi sebagai anak seni. Finalis Hero Remaja 2011/2012 ini berjaya menarik perhatian ramai apabila ramai suka kan watak Zuhal di dalam Dunia Generasi Baru. Tetapi Ben berjaya menonjolkan dirinya.



Baru baru ini jejaka segak ini dikhabar kan oleh peminat bahawa Ben sudah berpunya! Ceritanya peminat Ben terserempak dengan Ben dan kekasihnya dan terus update diblognya dengan bertajuk "Ben Amir Sudah Berpunya"



Tetapi masih tidak dikenal pasti siapa gadis itu. Bahkan pula, sumber mengatakan mereka sudah tidak "follow" sesama mereka di social media, mungkin mereka cuba untuk menyorok kan hubungan mereka.  Katanya peminat Ben orangnya cantik dan kecil sahaja. 



G.H dapat kan info bahawa kekasih Ben, sudah dikenal pasti! Hebat sungguh stalker ini. Siap dapatkan perbualan Ben dan kekasihnya di Twitter Bukan main mesra lagi. Sumber mengatakan yang sudah beberapa kali terserempak dengan Ben dan kekasihnya. Katanya tak susah nak cari info tentang kekasih Ben. Kerana kekasihnya pun dikenali ramai orang rupanya.



Siapakah kekasih Ben? Rupa rupanyajejaka Finalis Hero Remaja ini sedang bercinta dengan Kerabat PerakRaja Shazreen Petra, 21 atau lebih dikenali sebagai Shazreen Petra sebagai nama laman di Twitter dan Instagram. Kekasihnya senang dikenal pasti kerana dikenali oleh orang ramai dan baru baru ini kekasihnya di temuduga oleh Majalah Nona sebagai Tetamu DiRaja.

 
Khabarnya kecil sahaja orangnya. Tetapi kekasih Ben sudah memilik multi billion company dan merupakan Perintis Aeroangkasa Negara!Bukan calang calang gadis Ben mahu untuk dijadikan sebagai kekasihnya! Tiada banyak info tentang kekasihnya kemungkinan besar kekasihnya kerabat yang "low profile". 

Pasangan muda ini masih berdiam diri. Agak agak mereka ada rancangan untuk kahwin tak? G.H stalk Instagram mereka, gambar dua dua sudah dukung budak kecil! Ciri ciri sudah ada! Tak apa lah, kita diluar ni hanya boleh memberi sokongan. Harap mereka kekal. Dan G.H juga harap mereka dapat terlebih buka lah dengan "relationship" mereka, tak perlu lah sorok lagi. 



G.H doakan moga Ben kekal hingga ke anak cucu lah dengan kekasih hati Raja Shazreen Petra. Sepadan sangat! Nampak sangat "professional". Kepada peminat peminat Ben, jangan bersedih ya? Yang penting Bakal Hero Malaya ini bahagia bersama kekasihnya.







2 comments:

  1. OOOOOOMYGAWDDDDDDD ! I KNOW HER ! Hurm , not shock myself . She's pretty , very kind & so humble ! Lucky Ben & lucky her to have each other as partner :)

    ReplyDelete